Berita Berita
Peguam, kerani maut tak sempat selamat diri dalam kebakaran pejabat guaman di Georgetown
GEORGE TOWN 13 April – Dua individu termasuk seorang peguam warga emas maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di sebuah pejabat guaman di Lebuh King, di sini, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai San Markan Ganapathi, 88, dan seorang kerani wanita, B. Chandra, 60, ditemukan di tingkat atas bangunan dua tingkat separa kayu berkenaan.
San Markan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kerusi berhampiran meja pejabat di tepi tingkap kira-kira pukul 1.05 tengah hari, manakala mayat Chandra ditemui pada pukul 3.26 petang di bawah timbunan fail berhampiran dinding di lokasi sama.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, kedua-dua mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri namun gagal akibat asap tebal daripada kebakaran fail di dalam premis tersebut.
“Kalau kita tengok, lokasi kejadian merupakan bangunan lama separuh simen dan kayu di mana kita dapati lantai itu telah runtuh ke bawah. Kebakaran bermula dari lokasi ini, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Struktur bangunan tidak kuat dan anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah kira-kira 70 peratus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, jarak lokasi penemuan kedua-dua mangsa tidak jauh antara satu sama lain.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik bomba.
Berita berkaitan
April 13, 2026, 6:13 pm
Pemandu riba 'awek' ketika memandu bas ekspres dipecat serta-merta, syarikat mohon maaf
April 13, 2026, 4:40 pm
KPM salur RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah terjejas akibat kebakaran
April 13, 2026, 3:27 pm
12 anggota polis direhatkan. siasatan kes samun kripto RM200,000 hampir lengkap
April 13, 2026, 3:03 pm
Dakwaan Malaysia ‘lari’ sertai PISA tidak berasas, salah tafsir data pendidikan - Penyelidik
April 13, 2026, 12:55 pm
Jaga-jaga, penjawat awam muat naik aktiviti santai ketika WFH akan diambil tindakan
April 13, 2026, 12:43 pm
Tiada keperluan hukuman mati kes pemandu mabuk, kerajaan fokus pampasan mangsa - Loke
April 13, 2026, 12:22 pm
