TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPM salur RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah terjejas akibat kebakaran

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 13 April – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja pembersihan dan pembaikan asas susulan kebakaran di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Pak Badol, Kelantan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, bantuan itu merangkumi kerja pendawaian elektrik serta penyambungan semula bekalan air bagi membolehkan operasi sekolah dipulihkan secepat mungkin.

“Beberapa langkah segera telah diambil bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terpelihara. Premis sekolah juga telah dikosongkan bagi membolehkan penilaian keselamatan dijalankan.

“Guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang minggu ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, kebakaran pada Ahad memusnahkan tiga blok bangunan sekolah berkenaan iaitu blok akademik, bilik penyelia serta asrama pelajar lelaki.

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata pasukan kaunselor daripada JPN Kelantan turut digerakkan bagi menyediakan sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terjejas.

“Program ini dilaksanakan kepada semua murid, guru dan warga sekolah yang terjejas,” ujarnya.

+ - reset