Berita Berita
'Berilah tumpuan bangunkan negara' - Anwar minta rakyat henti kontroversi diesel dihantar ke Filipina
KUALA TERENGGANU 13 April – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dakwaan penghantaran minyak diesel dari Malaysia ke Filipina, sambil menegaskan ia melibatkan urus niaga syarikat asing dan bukan kerajaan.
Beliau berkata, penghantaran tersebut adalah urusan syarikat antarabangsa Vitol yang beroperasi di Pengerang, Johor dan tidak ada kaitan dengan PETRONAS.
“(Ia) bukan syarikat PETRONAS dan ia memang ada perjanjian membawa minyak (untuk) jual ke Filipina. Bukan kita bagi (minyak) kepada Filipina. Tapi, kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak (milik) orang dalam perjanjian asing.
“Itu yang kita lalui walaupun (berlaku) sedikit kontroversi. Saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tumpu untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Madani bersama pelajar tahfiz di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar turut meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir pihak yang terus mengkritik kerajaan walaupun subsidi bahan api masih dikekalkan.
Katanya, kerajaan kini menanggung beban subsidi yang semakin meningkat, termasuk bagi petrol RON95 dan diesel.
“(Untuk) RON95, dahulu subsidi RM700 juta kini jadi RM5 bilion sebulan, tak termasuk diesel. Tapi diesel kita beri subsidi untuk petani, nelayan, pengangkutan awam dan bas sekolah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan kos subsidi diesel meningkat daripada sekitar RM2 bilion kepada RM7 bilion sebulan, sekali gus memberi tekanan besar kepada kewangan negara.
Menurutnya, peningkatan subsidi itu menyebabkan beberapa projek besar terpaksa ditangguhkan bagi memberi keutamaan kepada inisiatif yang memberi impak langsung kepada rakyat.
“Jadi, apakah ia menyelesaikan semua masalah, belum. Ada orang yang terkesan? Ada. Boleh dia buat tuntutan? Boleh. Boleh dia runding? Boleh. Tapi tak perlulah caci dan maki hamun,” katanya.
Sebelum ini, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menafikan laporan media Filipina yang mendakwa Malaysia menghantar 329,000 tong diesel ke negara itu.
Menurut MTEN, semakan awal mendapati bekalan diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia, sekali gus menolak dakwaan tersebut.
PETRONAS turut menegaskan tidak pernah memasuki sebarang perjanjian untuk membekalkan diesel kepada Filipina.
Berita berkaitan
April 13, 2026, 6:13 pm
Pemandu riba 'awek' ketika memandu bas ekspres dipecat serta-merta, syarikat mohon maaf
April 13, 2026, 4:51 pm
Peguam, kerani maut tak sempat selamat diri dalam kebakaran pejabat guaman di Georgetown
April 13, 2026, 4:40 pm
KPM salur RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah terjejas akibat kebakaran
April 13, 2026, 3:27 pm
12 anggota polis direhatkan. siasatan kes samun kripto RM200,000 hampir lengkap
April 13, 2026, 3:03 pm
Dakwaan Malaysia ‘lari’ sertai PISA tidak berasas, salah tafsir data pendidikan - Penyelidik
April 13, 2026, 12:55 pm
Jaga-jaga, penjawat awam muat naik aktiviti santai ketika WFH akan diambil tindakan
April 13, 2026, 12:43 pm
Tiada keperluan hukuman mati kes pemandu mabuk, kerajaan fokus pampasan mangsa - Loke
April 13, 2026, 12:22 pm
