Berita Berita
12 anggota polis direhatkan. siasatan kes samun kripto RM200,000 hampir lengkap
SHAH ALAM 13 April - Seramai 12 anggota polis yang disiasat berhubung kes samun melibatkan mata wang kripto milik seorang warga asing telah direhatkan daripada tugas aktif sementara siasatan diteruskan.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata, pihaknya kini menunggu laporan teknikal daripada agensi berkaitan sebelum tindakan lanjut diambil.
Menurutnya, siasatan kes berkenaan memerlukan penelitian khusus memandangkan ia melibatkan transaksi mata wang kripto yang bersifat teknikal.
“Laporan teknikal masih diperlukan kerana apabila membabitkan transaksi mata wang kripto, kita perlu menunggu laporan daripada agensi yang bersifat teknikal.
“Namun, ia hampir selesai dan selepas itu kita akan merujuk kepada pihak pendakwaan negeri jika sudah ada laporan teknikal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seramai 12 anggota polis termasuk empat pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan kerana disyaki terlibat dalam rompakan berkumpulan membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto milik sekumpulan warga China.
Kesemua suspek terdiri daripada pelbagai pangkat termasuk seorang Asisten Superintendan, Inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.
Siasatan lanjut dijangka diteruskan sebaik laporan teknikal lengkap sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan bagi tindakan selanjutnya.
Berita berkaitan
April 13, 2026, 6:13 pm
Pemandu riba 'awek' ketika memandu bas ekspres dipecat serta-merta, syarikat mohon maaf
April 13, 2026, 4:51 pm
Peguam, kerani maut tak sempat selamat diri dalam kebakaran pejabat guaman di Georgetown
April 13, 2026, 4:40 pm
KPM salur RM100,000 baik pulih SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah terjejas akibat kebakaran
April 13, 2026, 3:03 pm
Dakwaan Malaysia ‘lari’ sertai PISA tidak berasas, salah tafsir data pendidikan - Penyelidik
April 13, 2026, 12:55 pm
Jaga-jaga, penjawat awam muat naik aktiviti santai ketika WFH akan diambil tindakan
April 13, 2026, 12:43 pm
Tiada keperluan hukuman mati kes pemandu mabuk, kerajaan fokus pampasan mangsa - Loke
April 13, 2026, 12:22 pm
