Berita Politik
PRK Pandan tak perlu pun, Rafizi jangan syok sendiri – Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR 13 April — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi membidas dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kononnya parti itu sedang mengatur Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pandan.
Menurut beliau, kenyataan Rafizi yang meramalkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menjadi calon PKR disifatkan sebagai provokasi politik yang tidak wajar.
“Rafizi membuat provokasi kononnya PKR mengatur pilihan raya kecil di Pandan. Dia meramalkan Tengku Zafrul akan menjadi calon PKR.
“Edah Parlimen tiga tahun sudah pun berlalu (Disember 2025). Jika PRK Pandan diadakan, ini menunjukkan PKR paling banyak menyebabkan PRK diadakan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Puad turut menegaskan bahawa sebarang PRK yang dicetuskan akibat konflik dalaman parti hanya akan membebankan rakyat, khususnya dari segi penggunaan wang pembayar cukai.
Beliau berkata, sejarah sebelum ini menunjukkan beberapa PRK berpunca daripada percaturan politik PKR, termasuk di Permatang Pauh apabila Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.
“Ia gagal. Anwar tidak jadi Perdana Menteri. Duit pembayar cukai dibazirkan,” katanya.
Tambah beliau, situasi sama turut berlaku dalam PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober 2018 apabila Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar selepas menerima pengampunan penuh.
“Anwar masih tidak jadi Perdana Menteri. Duit pembayar cukai dibazirkan,” katanya lagi.
Puad juga mengimbas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac 2014 apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun hasrat itu tidak kesampaian susulan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum Wan Azizah bertanding.
“Sanggupkah PMX buat sekali lagi PRK di Parlimen Pandan hanya kerana perang saudara dalam PKR? Kenapa negara perlu diseret dengan membazirkan wang pembayar cukai?” soalnya.
Terdahulu, dalam satu podcast pada Jumaat, Rafizi mendakwa terdapat usaha dalam PKR untuk mendesak beliau meletakkan jawatan, sekali gus membuka laluan kepada PRK di Parlimen Pandan.
Beliau turut mendakwa parti itu sedang mempertimbangkan untuk meletakkan Tengku Zafrul sebagai calon sekiranya PRK berkenaan diadakan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
