Berita Berita
9 pesalah buang sampah merata-rata jalani khidmat masyarakat bersihkan Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR 15 April - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) terus mempergiat penguatkuasaan apabila melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri Keenam terhadap sembilan Orang Kena Saman (OKS) di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, bermula kira-kira 9 pagi tadi.
Kesemua mereka menjalani hukuman kerja sosial mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) atas kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam.
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, OKS perlu menjalani hukuman kerja sosial mengikut tempoh jam yang ditetapkan.
Beliau berkata, OKS terbabit berusia antara 29 hingga 61 tahun, terdiri daripada lapan warganegara tempatan dan seorang warga China.
"Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas OKS menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan awam meliputi siar kaki, jalan raya, sistem perparitan dan kawasan persekitaran bagi memastikan kawasan kekal bersih, selamat dan kondusif.
"Jumlah tangkapan melonjak antara 25 hingga 60 kali ganda berbanding statistik yang dicatatkan pada Januari hingga Mac lalu.
"Sebanyak 2,857 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) direkodkan di tujuh negeri membabitkan 2,158 warganegara tempatan dan 699 warga asing sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan di bawah Akta 672.
"Secara keseluruhan, majoriti pesalah terdiri daripada golongan muda dan pertengahan umur, dengan kumpulan 30 hingga 39 tahun dengan peratusan tertinggi iaitu 30 peratus (896 orang), diikuti oleh 19–29 tahun sebanyak 29 peratus (874 orang) serta 40–49 tahun sebanyak 25 peratus (744 orang).
"Sementara itu, golongan 50 hingga 59 tahun menyumbang 11 peratus (316 orang) dan 60 tahun ke atas sebanyak 4.5 peratus (129 orang), manakala kumpulan bawah umur 0 hingga18 tahun hanya merekodkan 0.5 peratus (15 orang)," katanya.
Secara keseluruhannya, lebih 84 peratus pesalah berada dalam lingkungan umur 19 hingga 49 tahun, menunjukkan kumpulan utama yang terlibat dalam kesalahan tersebut.
Bagaimanapun, mahkamah turut mengutamakan aspek kemanusiaan terhadap pesalah-pesalah berkenaan.
"Sebagai contoh, seorang pesalah wanita mengandung hanya dijatuhkan hukuman satu jam kerja ringan seperti mengutip sampah.
"Pihak SWCorp turut menyediakan kemudahan seperti kerusi untuk berehat, air minuman, serta kelengkapan lain bagi memastikan aspek kebajikan dan kesihatan pesalah sentiasa terjaga semasa menjalankan hukuman," katanya.
Khalid dalam sidang media di sini turut menyeru orang awam agar bersama-sama menjaga kebersihan negara.
"Sehingga ini, seramai 69 pesalah selesai menjalani hukuman, manakala 46 lagi masih dalam proses menyelesaikan baki jam mereka," katanya.
Kempen kesedaran dan publisiti akan terus diperkasa bagi memastikan setiap individu di Malaysia lebih peka terhadap undang-undang kebersihan.
Khalid memberitahu, Siri Ketujuh PKM dijadualkan berlangsung pada 30 April ini dengan penglibatan lebih 100 pesalah di tujuh negeri.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 3:25 pm
Biruntha Mooruthi dilantik CEO baharu Talent Corp
April 15, 2026, 2:04 pm
Lebih 100 pelabur hilang simpanan hingga RM59 juta ditipu individu bergelar 'Datuk'
April 15, 2026, 1:56 pm
Kerjasama Malaysia - China perlu buka peluang kerjaya, kemahiran untuk belia – Mordi
April 15, 2026, 1:35 pm
PETRONAS sahkan bekalan bahan api cukup hingga Jun
April 15, 2026, 12:06 pm
Mahkamah arah Anwar, kerajaan fail pembelaan saman peserta GARAH sebelum 21 Mei
April 15, 2026, 11:31 am
MTEN tetap hala tuju tangani krisis tenaga, fokus lindung rakyat dan bekalan negara
April 15, 2026, 10:49 am
Bot bawa hampir 280 etnik Rohinya tenggelam, puluhan dikhuatiri maut
April 15, 2026, 9:47 am
Lebih 870 peserta keracunan makanan, MCMC saman Sunway Lagoon RM1.8 juta
April 15, 2026, 8:53 am
