TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 15 April – Seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh daripada kerusi ketika berada di sebuah kelab rekreasi di Jalan Boundary, Air Itam, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.10 malam itu menyaksikan mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans pada jam 7.34 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati mangsa merupakan pelanggan premis berkenaan dan sedang berhibur sebelum terjatuh daripada kerusinya.

Hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kecederaan mencurigakan, selain siasatan di lokasi kejadian turut menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah yang terlibat.

Laporan bedah siasat yang dijalankan hari ini mendedahkan punca sebenar kematian mangsa adalah disebabkan saluran darah utama yang pecah.

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR).

+ - reset