Berita Berita
Dua kapal tangki Malaysia terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba mulai Jumaat
PUTRAJAYA 15 April – Dua daripada tujuh kapal tangki minyak milik negara yang terkandas di Selat Hormuz susulan ketegangan di laluan berkenaan dijangka tiba di tanah air secara berperingkat bermula Jumaat ini.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa kapal pertama dijadualkan tiba pada 17 April, manakala sebuah lagi kapal dijangka sampai pada minggu berikutnya.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan, baki lima lagi kapal milik Malaysia buat masa ini masih berada di lokasi berkenaan sementara menunggu giliran untuk meneruskan pelayaran.
"Pada waktu ini dimaklumkan terdapat dua kapal yang dalam perjalanan. Satu dijangka tiba pada 17 hari bulan April, manakala satu lagi mungkin minggu yang berikutnya," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa enam daripada tujuh kapal milik Malaysia sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa di sana dan hanya menunggu giliran untuk belayar melepasi selat tersebut bagi membawa pulang bekalan minyak mentah ke negara ini.
Laluan Selat Hormuz menjadi tumpuan dunia baru-baru ini susulan sekatan pergerakan keluar masuk kapal yang mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan tenaga serta ekonomi global.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:48 pm
PN mula susun langkah tawan Putrajaya pada PRU16 melalui pertemuan Muhyiddin-Hadi
April 15, 2026, 9:40 pm
Krisis tenaga global, sekatan Selat Hormuz jadi agenda utama pertemuan Anwar-Albanese
April 15, 2026, 9:28 pm
Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
April 15, 2026, 9:21 pm
Mekanik parah ditetak: Suspek positif dadah, ada 13 rekod lampau ditahan
April 15, 2026, 9:11 pm
26 tong cecair misteri di ladang sawit Jempol
April 15, 2026, 9:05 pm
Mat Sabu sanggah fitnah kerajaan tak bayar bantuan pesawah
April 15, 2026, 8:52 pm
Polis cari saksi kemalangan motosikal, kereta di Taman Kajang Impian
April 15, 2026, 8:42 pm
Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah
April 15, 2026, 8:40 pm
