Berita Berita
26 tong cecair misteri di ladang sawit Jempol
JEMPOL 15 April – Pihak berkuasa menemukan 26 tong berisi cecair yang belum dikenal pasti dibuang di sebuah plot tanah terbiar dalam kawasan ladang kelapa sawit di Felcra Air Hitam Seri Jempol, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 11.30 pagi Rabu.
Turut hadir di lokasi bagi membantu siasatan adalah pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Menurut kenyataan media bomba, pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) telah dipanggil bagi membantu membuka tong-tong berkenaan bagi membolehkan pihak JAS mengambil sampel cecair untuk tujuan analisis.
Hasil penemuan awal mendedahkan bahawa sampel cecair tersebut mempunyai bacaan pH 6, iaitu pada tahap neutral.
Walau bagaimanapun, pihak bomba menegaskan bahawa keputusan muktamad sama ada kandungan di dalam tong tersebut berbahaya atau mengandungi bahan kimia terlarang hanya boleh disahkan oleh JAS selepas ujian makmal selesai dijalankan.
Keseluruhan operasi pemantauan dan pengambilan sampel tersebut dilaporkan mengambil masa selama empat jam sebelum tamat sepenuhnya.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:48 pm
PN mula susun langkah tawan Putrajaya pada PRU16 melalui pertemuan Muhyiddin-Hadi
April 15, 2026, 9:40 pm
Krisis tenaga global, sekatan Selat Hormuz jadi agenda utama pertemuan Anwar-Albanese
April 15, 2026, 9:28 pm
Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
April 15, 2026, 9:24 pm
Dua kapal tangki Malaysia terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba mulai Jumaat
April 15, 2026, 9:21 pm
Mekanik parah ditetak: Suspek positif dadah, ada 13 rekod lampau ditahan
April 15, 2026, 9:05 pm
Mat Sabu sanggah fitnah kerajaan tak bayar bantuan pesawah
April 15, 2026, 8:52 pm
Polis cari saksi kemalangan motosikal, kereta di Taman Kajang Impian
April 15, 2026, 8:42 pm
Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah
April 15, 2026, 8:40 pm
