Berita Berita
Mat Sabu sanggah fitnah kerajaan tak bayar bantuan pesawah
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 15 April – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil memberikan penjelasan bagi menyangkal dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan gagal menyalurkan bantuan kepada pesawah meskipun sudah diumumkan.
Beliau yang mesra disapa Mat Sabu menegaskan bahawa Kerajaan MADANI bukan sahaja komited meneruskan bantuan, malah telah menaikkan Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) daripada RM100 kepada RM160 sehektar bagi musim 1/2025, sebelum dinaikkan lagi kepada RM300 sehektar semalam.
Menurut beliau, status pembayaran bagi Musim 1/2025 telah selesai sepenuhnya membabitkan peruntukan RM39.314 juta kepada lebih 135,000 pesawah di seluruh Semenanjung Malaysia.
Bagi Musim 2/2025, setakat semalam lebih RM27 juta telah dibayar, manakala baki kira-kira 30 peratus tuntutan kini dalam proses akhir penyelesaian.
Mohamad turut memperincikan kaedah pembayaran IPKP yang menggunakan prinsip “buat dulu, baru tuntut”, berbeza dengan bantuan tunai terus seperti BUDI Agri-Komoditi.
"Tuntutan dibuat berdasarkan kerja sebenar yang dilaksanakan supaya wang rakyat diurus secara telus dan tepat. Ada pesawah yang menanam dan ada yang tidak pada musim tertentu, malah keluasan tanah yang diusahakan juga boleh berubah," katanya.
Beliau turut menjelaskan faktor kelewatan bayaran di sesetengah kawasan adalah disebabkan musim penanaman padi yang tidak seragam di setiap negeri, selain proses pengesahan di lapangan oleh pegawai bagi memastikan dokumen lengkap sebelum bayaran diproses.
Selain IPKP, kerajaan turut memperkenalkan Insentif Penuaian Padi (IPP) sebanyak RM50 sehektar bermula tahun 2025, iaitu satu bentuk bantuan baharu yang belum pernah wujud sebelum ini.
Mengulas mengenai isu pesawah yang tidak menerima lebihan bayaran daripada penyedia perkhidmatan (traktor), Mohamad berkata kementerian sedang meneliti perkara tersebut dan akan mengumumkan penambahbaikan kaedah tuntutan dalam masa terdekat bagi memastikan hak pesawah terpelihara.
Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan naratif politik pihak tertentu yang cuba menunggang isu ini demi populariti, sebaliknya merujuk kepada fakta pengurusan bayaran yang sedang giat dilaksanakan.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:48 pm
PN mula susun langkah tawan Putrajaya pada PRU16 melalui pertemuan Muhyiddin-Hadi
April 15, 2026, 9:40 pm
Krisis tenaga global, sekatan Selat Hormuz jadi agenda utama pertemuan Anwar-Albanese
April 15, 2026, 9:28 pm
Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
April 15, 2026, 9:24 pm
Dua kapal tangki Malaysia terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba mulai Jumaat
April 15, 2026, 9:21 pm
Mekanik parah ditetak: Suspek positif dadah, ada 13 rekod lampau ditahan
April 15, 2026, 9:11 pm
26 tong cecair misteri di ladang sawit Jempol
April 15, 2026, 8:52 pm
Polis cari saksi kemalangan motosikal, kereta di Taman Kajang Impian
April 15, 2026, 8:42 pm
Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah
April 15, 2026, 8:40 pm
