Berita Berita
Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
PETALING JAYA 15 April – Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital hari ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikut dan orang ramai.
Berita tersebut dikongsikan oleh pentadbir laman Facebook rasmi beliau, AdminDUKE, menerusi satu hantaran yang memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar beliau diberikan kesembuhan.
“Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau,” menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik pada petang Rabu.
Walau bagaimanapun, punca sebenar beliau dimasukkan ke ICU serta perincian lanjut mengenai keadaan kesihatan terkini beliau masih belum didedahkan oleh pihak pengurusan atau ahli keluarga terdekat setakat ini.
Ruangan komen pada hantaran tersebut dihujani dengan ribuan kata-kata semangat dan doa daripada netizen yang berharap agar pendakwah yang cukup dikenali dengan gaya penyampaian santai itu segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:48 pm
PN mula susun langkah tawan Putrajaya pada PRU16 melalui pertemuan Muhyiddin-Hadi
April 15, 2026, 9:40 pm
Krisis tenaga global, sekatan Selat Hormuz jadi agenda utama pertemuan Anwar-Albanese
April 15, 2026, 9:24 pm
Dua kapal tangki Malaysia terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba mulai Jumaat
April 15, 2026, 9:21 pm
Mekanik parah ditetak: Suspek positif dadah, ada 13 rekod lampau ditahan
April 15, 2026, 9:11 pm
26 tong cecair misteri di ladang sawit Jempol
April 15, 2026, 9:05 pm
Mat Sabu sanggah fitnah kerajaan tak bayar bantuan pesawah
April 15, 2026, 8:52 pm
Polis cari saksi kemalangan motosikal, kereta di Taman Kajang Impian
April 15, 2026, 8:42 pm
Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah
April 15, 2026, 8:40 pm
