Berita Berita
Krisis tenaga global, sekatan Selat Hormuz jadi agenda utama pertemuan Anwar-Albanese
PUTRAJAYA 15 April – Isu krisis tenaga global serta kesan sekatan di Selat Hormuz dijangka menjadi agenda utama dalam perbincangan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, esok.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri hari ini telah dimaklumkan mengenai lawatan rasmi pemimpin Australia tersebut yang bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik serta ekonomi antara kedua-dua negara.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi menjangkakan Perdana Menteri akan membangkitkan pendirian tegas Malaysia mengenai konflik di Asia Barat, khususnya impak sekatan di laluan strategik Selat Hormuz yang menjejaskan rantaian bekalan dunia.
"Perbincangan kedua-dua pemimpin antara lain akan berkisar berhubung krisis tenaga global yang dihadapi seluruh dunia pada ketika ini. Saya percaya Perdana Menteri akan bangkitkan isu sekatan yang berlaku di Selat Hormuz," katanya dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
Selain perbincangan strategik, lawatan tersebut akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) selepas pertemuan tertutup di Kompleks Perdana Putra.
Untuk rekod, Australia merupakan rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia pada tahun 2025 dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM78.63 bilion. Malaysia juga merupakan pemain kunci dalam sektor tenaga Australia, membekalkan kira-kira 17 peratus daripada keseluruhan import bahan api negara tersebut.
Lawatan rasmi ini dilihat sebagai langkah penting bagi kedua-dua negara untuk mengimbangi kestabilan ekonomi di tengah-tengah pergolakan geopolitik yang sedang melanda pasaran tenaga antarabangsa.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:48 pm
PN mula susun langkah tawan Putrajaya pada PRU16 melalui pertemuan Muhyiddin-Hadi
April 15, 2026, 9:28 pm
Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
April 15, 2026, 9:24 pm
Dua kapal tangki Malaysia terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba mulai Jumaat
April 15, 2026, 9:21 pm
Mekanik parah ditetak: Suspek positif dadah, ada 13 rekod lampau ditahan
April 15, 2026, 9:11 pm
26 tong cecair misteri di ladang sawit Jempol
April 15, 2026, 9:05 pm
Mat Sabu sanggah fitnah kerajaan tak bayar bantuan pesawah
April 15, 2026, 8:52 pm
Polis cari saksi kemalangan motosikal, kereta di Taman Kajang Impian
April 15, 2026, 8:42 pm
Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah
April 15, 2026, 8:40 pm
