Berita Berita
Polis cari saksi kemalangan motosikal, kereta di Taman Kajang Impian
Oleh AZRUL RADI
KAJANG 15 April – Polis edang giat mengesan saksi bebas serta rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bagi membantu siasatan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di persimpangan Taman Kajang Impian.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Nasir memaklumkan bahawa kemalangan tersebut berlaku pada 19 Januari lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari. Insiden itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna hitam putih dan sebuah kereta Proton Saga FLX berwarna emas.
Menurut beliau, impak kemalangan tersebut menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.
Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan denda antara RM20,000 sehingga RM50,000.
Sehubungan itu, Naazron menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau memiliki rakaman kejadian untuk tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Bin Saadun di talian 011-21119379.
Beliau turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:48 pm
PN mula susun langkah tawan Putrajaya pada PRU16 melalui pertemuan Muhyiddin-Hadi
April 15, 2026, 9:40 pm
Krisis tenaga global, sekatan Selat Hormuz jadi agenda utama pertemuan Anwar-Albanese
April 15, 2026, 9:28 pm
Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
April 15, 2026, 9:24 pm
Dua kapal tangki Malaysia terkandas di Selat Hormuz dijangka tiba mulai Jumaat
April 15, 2026, 9:21 pm
Mekanik parah ditetak: Suspek positif dadah, ada 13 rekod lampau ditahan
April 15, 2026, 9:11 pm
26 tong cecair misteri di ladang sawit Jempol
April 15, 2026, 9:05 pm
Mat Sabu sanggah fitnah kerajaan tak bayar bantuan pesawah
April 15, 2026, 8:42 pm
Warga emas maut terjatuh kerusi di kelab rekreasi akibat saluran darah pecah
April 15, 2026, 8:40 pm
