Berita Berita
Dana Zakat RM230 Juta: Kerajaan serah sepenuhnya kepada SPRM, henti spekulasi
KOTA BHARU 23 April – Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta yang melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu diberikan ruang secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada pihak luar.
Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya tidak bertindak melangkaui proses undang-undang dengan membuat pelbagai andaian yang boleh menjejaskan keharmonian awam serta imej institusi agama di negara ini.
"Biar pihak berkuasa siasat dan buat kerja. Jangan kita buat spekulasi dan menjadi ejen perpecahan atau pergaduhan sehingga mengakibatkan perkara negatif itu tersebar. Masyarakat perlu tenang dahulu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Little Hajj by Little Caliphs di Masjid Muhammadi, di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO bersama pengarah syarikat telah ditahan reman selama empat hari sehingga 27 April bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyeleweng dana kebajikan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.
Penahanan yang dilakukan oleh SPRM Selangor di sekitar Lembah Klang itu dibuat selepas terdapat syak wasangka berlakunya salah guna dana yang sepatutnya disalurkan kepada golongan asnaf namun telah disalahgunakan bagi kepentingan tertentu.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 8:34 pm
Teksi EV dengan sistem penukaran bateri diperkenal tangani krisis bahan api
April 23, 2026, 5:29 pm
KKM sahkan Unit Perubatan Nuklear PPUM selamat, tiada bukti kluster kanser
April 23, 2026, 5:25 pm
KUSKOP gubal RUU baharu perkasa integriti, urus tadbir gerakan koperasi
April 23, 2026, 5:16 pm
Mindef tidak kompromi pegawai tentera pandu mabuk, serah siasatan kepada polis
April 23, 2026, 2:09 pm
Polis siasat dakwaan anak Ako Mustapha jadi mangsa buli di sekolah
April 23, 2026, 2:06 pm
Ahmad Fadhli sindir pihak perlekeh 'tin milo' tapi mewah hasil sakau duit zakat
April 23, 2026, 2:00 pm
Pinjaman peribadi punca utama 31,517 kes bankrap direkodkan sejak 2021
April 23, 2026, 1:55 pm
