Berita Berita
Siti Nurhaliza dilantik Ikon Keselamatan Jalan Raya JPJ
BATU KAWAN 25 April - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hari ini secara rasmi melantik Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tarudin sebagai Ikon Keselamatan Jalan Raya bagi memperkukuh usaha advokasi keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.
JPJ dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu dibuat berdasarkan kredibiliti, pengaruh serta penerimaan meluas penyanyi tersohor negara itu yang diyakini mampu menyampaikan mesej kesedaran keselamatan jalan raya secara lebih berkesan dan menyeluruh.
"Inisiatif ini menzahirkan pendekatan holistik JPJ yang tidak hanya tertumpu kepada penguatkuasaan semata-mata, tetapi turut memberi penekanan kepada elemen advokasi dan pendidikan sebagai strategi dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
"Peranan yang dimainkan ikon ini penting dalam memperluas capaian kempen keselamatan serta membentuk sikap dan budaya pemanduan berhemah dalam kalangan rakyat," katanya pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun JPJ ke-80 yang disempurnakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Perdana Menteri diiringi Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli menyerahkan plak sebagai simbolik pelantikan kepada Siti Nurhaliza pada sambutan ulang tahun ke-80 JPJ yang diadakan serentak dengan Karnival Jom Heboh (KJH) X Mega JPJ MADANI 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang.
Lebih bermakna, Siti Nurhaliza dijadual bergandingan dengan legenda rock, Awie pada konsert Jom Heboh malam ini, selain penampilan artis popular seperti Shiha Zikir, Kristal dan Wani Kayrie yang dijangka menarik ribuan pengunjung.
Manakala pada malam esok, pentas akan diteruskan dengan persembahan Nadeera Zaini, Ara Johari, Hael Husaini, Mariam OIAM, kumpulan K.O.I serta Floor 88.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
