Berita Berita
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
SHAH ALAM 26 April - Ketua Pembangkang Selangor, Mohamed Azmin Ali mengulangi dakwaannya bahawa kerajaan negeri tidak mengambil serius titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung aspek urus tadbir.
Malah, beliau turut memetik titah baginda ketika istiadat pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan berkata, “Namun malangnya, nasihat beta tidak dipeduli dan tidak diambil berat, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi.”
“Siapa daun keladi? Kalau saya menjadi beliau duduk di situ, saya tidak ada pilihan lain. Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat, bagaimana pula pandangan rakyat di bawah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di Pusat Konvensyen Ideal di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz dan Bendahari Agung Bersatu, Rina Harun.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Selangor berkata, keadaan itu jelas apabila pelbagai isu membabitkan rakyat seperti banjir, masalah kebersihan dan jalan rosak terus berlarutan tanpa penyelesaian menyeluruh.
Menurutnya, keadaan itu tidak mencerminkan identiti Selangor sebagai negeri maju serta penyumbang utama ekonomi negara.
“Banjir, sampah, jalan berlubang bukanlah jati diri negeri Selangor. Sebab itu kami akan berusaha sedaya upaya untuk menggantikan kerajaan daun keladi dengan kerajaan yang peduli rakyat di negeri Selangor,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan Bersatu Selangor akan terus memperkukuh gerak kerja bagi menawarkan pentadbiran lebih prihatin dan berorientasikan penyelesaian kepada rakyat.
Katanya, konvensyen itu menjadi platform memperkukuh persiapan jentera parti serta meyakinkan rakyat bahawa Selangor memerlukan kerajaan yang benar-benar peduli, di samping menghormati institusi diraja dan suara rakyat.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 11:02 am
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
