TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan

By
|
Kongsi
image

 

WASHINGTON 26 April - Insiden tembakan yang mencetuskan panik pada majlis makan malam koresponden White House malam tadi berakhir tanpa kecederaan melibatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Wanita Pertama, Melania Trump.

Perkara itu dimaklumkan Perkhidmatan Rahsia AS dalam satu kenyataan.

Agensi itu memaklumkan seorang individu telah ditahan dan insiden berkenaan berlaku berhampiran kawasan utama pemeriksaan keselamatan acara berkenaan.

Sementara itu, Trump di platform Truth Social memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media di bilik taklimat White House kira-kira jam 10 malam waktu tempatan berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata semua individu pentadbiran AS yang berada di lokasi dalam keadaan baik dan selamat.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai motif kejadian atau identiti suspek didedahkan.

Terdahulu, insiden tembakan itu mencetuskan panik dengan tetamu kelihatan berlindung di bawah meja.

Pasukan taktikal bersenjata kemudian dikerahkan ke pentas utama yang menempatkan Trump, sebelum beliau dibawa keluar dari lokasi ke kawasan selamat. -AFP

+ - reset