Berita Berita
Isu babi: 'DAP hormat institusi diraja, tapi tetap pertahan hak bersuara ADUN' - Anthony Loke
KUALA LUMPUR 26 April - DAP menegaskan komitmen berterusan parti itu dalam menjunjung tinggi institusi diraja, di tengah polemik melibatkan kenyataan seorang wakil rakyatnya yang mencetuskan kontroversi.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendirian itu kekal menjadi prinsip teras parti dalam memastikan keharmonian antara institusi diraja dan sistem pentadbiran negara sentiasa terpelihara.
“Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dia (mereka) perlu ada ruang untuk menyampaikan pandangan dengan hormat, dengan cara yang baik. Itu adalah tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.
“Sebab itu, saya ingin menegaskan kepimpinan DAP akan mempertahankan hak ADUN kita untuk menyampaikan pandangan dengan kritis dan bernas di Dewan Undangan Negeri, walaupun tahu akan berdepan dengan pelbagai tekanan,” katanya.
Beliau berkata demikian susulan kritikan ke atas ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki baru-baru ini, berikutan kenyataannya yang didakwa menyentuh isu sensitif berkaitan penternakan khinzir.
Wong semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilaporkan memohon pertimbangan kerajaan negeri memberikan ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.
Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Loke berkata, cadangan itu telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk menyerang parti itu demi kepentingan politik masing-masing.
“Ini sudah tentu diambil peluang oleh pihak Perikatan Nasional, pihak pembangkang, nak jadikan ini sebagai satu isu dan kononnya mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja, tidak menghormati Sultan.
“Saya nak menegaskan, DAP selama ini akan tetap menghormati institusi diraja dan, menghormati Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” katanya.
Loke ditemui pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal DAP Kinrara di Pusat Bandar Puchong malam tadi, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Berita berkaitan
April 26, 2026, 8:21 pm
Polis tahan pemandu bas rempuh 3 kenderaan lepas langgar lampu merah di Jalan Templer
April 26, 2026, 6:05 pm
Pra-Gawai Dayak ABS 2026 himpun anak Borneo, perkukuh warisan budaya
April 26, 2026, 1:27 pm
'Lebih baik letak jawatan, kalau titah Tuanku Sultan pun tidak diambil berat' - Azmin
April 26, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun
April 26, 2026, 11:24 am
Suspek kes azan disekat keluar negara
April 26, 2026, 10:47 am
Trump, Melania selamat dalam insiden tembakan di White House, seorang suspek ditahan
April 25, 2026, 8:29 pm
Vetri MADANI dilancar, perkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan
April 25, 2026, 5:39 pm
Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu
April 25, 2026, 5:25 pm
