TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat kes kelucahan melampau berhampiran UiTM Dungun

By
|
Kongsi
image

 

DUNGUN 26 April - Polis membuka siasatan terhadap satu kejadian kelucahan melampau yang dilaporkan berlaku berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Jumaidy Bah Chong Weh berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu melibatkan seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal dan bertindak berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa.

Menurutnya, suspek kemudiannya melarikan diri sejurus selepas melakukan perbuatan tersebut.

"Pihak polis turut mengesan satu video tular yang dipercayai berkaitan kejadian sama dan usaha mengesan saksi serta individu terlibat sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jumaidy berkata, polis memandang serius kejadian itu dan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang perlakuan tidak bermoral yang boleh mengganggu keselamatan awam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun atau mana-mana balai polis berhampiran.

+ - reset