TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Azam Baki seru warga SPRM sokong kepimpinan baharu

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 25 April – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki menyeru seluruh warga agensi itu agar memberikan kerjasama penuh kepada Ketua Pesuruhjaya baharu yang akan dilantik.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa kecemerlangan SPRM akan terus diperkukuh menerusi dedikasi para pegawai di bawah kepimpinan baharu kelak.

Dalam masa sama, Azam merafak sembah ucapan terima kasih kepada Sultan Ibrahim atas kepercayaan baginda menyambung kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Dan ini merupakan satu penghormatan kepada saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu berkuat kuasa 13 Mei depan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan selepas tamat perkhidmatan, Azam berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

“Saya belum tahu lagi kerana saya masih lagi sihat, boleh joging, naik basikal dan sebagainya.

“(Tapi) saya tak akan pergi berhimpun di Sogo Kuala Lumpur akan datang,” katanya merujuk kepada himpunan #TangkapAzamBaki.

Mengulas kemungkinan menyertai politik, beliau menegaskan perkara itu tidak pernah terlintas.

“Dalam hati saya, saya bukan orang politik. Saya merupakan seorang insan pegawai kerajaan, kerja saya untuk berbakti kepada rakyat,” katanya.

+ - reset