TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bahagian Penguat Kuasa KPDN dicadang naik taraf kepada jabatan - Zahid Hamidi

By
|
Kongsi
image

 

CYBERJAYA 28 April - Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dinaik taraf kepada sebuah jabatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang semakin meluas.

Beliau berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan memandangkan isu kepenggunaan dan perdagangan domestik kini semakin kompleks serta melibatkan pelbagai kementerian, khususnya dalam era digital.

"Kalau ditanya saya… bahagian penguat kuasa ini sudah sampai masa untuk naik ke satu tahap menjadi Jabatan Penguat Kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 dan pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali dan timbalannya, Fuziah Salleh.

Menurutnya, beliau bersedia menyokong cadangan tersebut sekiranya dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

"Datuk Armizan bawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan beri sokongan kepada cadangan ini dan kepada KSU (Ketua Setiausaha) KPDN, segera bincang dengan KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), saya akan sentiasa berada di belakang anda," jelas beliau.

+ - reset