Berita Berita
'Aminuddin takut dengan bayang-bayang sendiri, baik bubar sahaja DUN Negeri Sembilan' – Puad
KUALA LUMPUR 29 April - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi berpandangan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berdepan kesukaran mentadbir secara berkesan sekiranya kerajaan negeri berada dalam keadaan lemah tanpa majoriti kukuh serta dilanda krisis melibatkan aspek adat dan perlembagaan.
Menurut beliau, langkah terbaik ketika ini adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.
“Dapatkan mandat kukuh dari rakyat. Itu yang Hasni lakukan masa dia jadi MB Johor. Cadangan Datuk Aziz Bari pemimpin PH Perak agar diisytihar darurat lagi karut dan tidak demokratik.
“Aminuddin sendiri adalah pemimpin PKR yang pro Rafizi. Mereka tuduh reformasi tulin gagal di bawah PMX,” katanya dalam satu kenyataan.
Puad berkata, adalah wajar untuk Aminuddin membubarkan DUN sekiranya beliau benar-benar berpegang kepada prinsip reformasi.
“Pendirian BN Negeri Sembilan amat jelas. Mereka bukan mahu tubuh kerajaan tebuk atap. Tidak terdapat pakatan dengan lima ADUN PN untuk tubuh kerajaan baharu. Tindakan Aminuddin menangguhkan sidang DUN yang sudah dirasmikan memalukan. Dia takut bayang-bayang sendiri.
“Sebab itu dakwaan Anthony Loke bahawa ADUN BN cuba tubuh kerajaan tebuk atap adalah double standard. Kenapa samakan menarik balik sokongan dengan tebuk atap?
“Tidakkah cadangan DAP untuk meletak jawatan menteri menjelang konvensyen DAP bulan Julai adalah hilang kepercayaan kepada PMX? Apakah itu tebuk atap?” soalnya.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:59 am
Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, hanyut dalam longkang ketika hujan lebat di Puncak Alam
April 29, 2026, 9:53 am
30 rumah musnah dalam kebakaran di Karamunting
April 29, 2026, 9:47 am
Bekas Pemimpin Bersatu Johor tertembak diri sendiri kini kritikal
April 28, 2026, 8:25 pm
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:09 pm
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
April 28, 2026, 8:01 pm
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
April 28, 2026, 7:56 pm
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
April 28, 2026, 7:49 pm
