Berita Berita
Amir Hamdan letak jawatan Presiden, CEO Kumpulan Prasarana
KUALA LUMPUR 30 April - Prasarana Malaysia Berhad hari ini mengesahkan Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) selepas hampir lapan tahun bersama syarikat itu.
Dalam satu kenyataan, Prasarana memaklumkan sepanjang tempoh perkhidmatan, Amir memainkan peranan penting dalam memacu pelbagai inisiatif transformasi serta memperkukuh operasi syarikat bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.
Menurut kenyataan itu, keputusan Amir meninggalkan syarikat dibuat atas sebab peribadi selaras dengan perancangan beliau untuk langkah seterusnya.
“Prasarana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, dan mendoakan yang terbaik dalam perancangan masa hadapan beliau,” katanya.
Tambahnya, maklumat lanjut berkaitan kesinambungan kepimpinan syarikat akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Prasarana.
Amir sebelum ini dilantik ke jawatan berkenaan berkuat kuasa 15 Ogos tahun lalu selepas menyertai Prasarana pada 2019.
Berita berkaitan
April 30, 2026, 8:51 pm
KESUMA jamin kebajikan pekerja kekal terpelihara hadapi ketidaktentuan global
April 30, 2026, 6:59 pm
DAPSY 'menekan', Akmal Salleh cabar pecat semua menteri UMNO, bukan Tok Mat sahaja
April 30, 2026, 4:18 pm
Muhammad Gaddafi Musli dilantik CEO baharu SSDU bermula 4 Mei
April 30, 2026, 2:24 pm
