Berita Berita
Sokong 'tebuk atap' NS, DAPSY desak Anwar pecat Tok Mat daripada Kabinet, gesa kaji semula kerjasama BN
KUALA LUMPUR 30 April – Pemuda DAP menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar, Mohamad Hasan daripada Kabinet susulan dakwaan penglibatannya dalam usaha membentuk kerajaan “tebuk atap” di Negeri Sembilan.
Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP, Jason Tze-Xi Nathan berkata, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau didakwa antara 14 wakil rakyat UMNO yang menyokong gerakan bersama Perikatan Nasional bagi menggugat kerajaan negeri.
Menurutnya, penglibatan itu menimbulkan persoalan serius terhadap integriti serta kesetiaan kepada mandat Kerajaan Perpaduan.
“Dapsy Malaysia menggesa agar Anwar Ibrahim memecat Mohamad Hasan daripada jawatan menteri memandangkan beliau merupakan antara 14 Adun UMNO tersebut yang menyokong usaha pembentukan kerajaan ‘tebuk atap’,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, beliau turut mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan agar menilai semula secara serius kerjasama dengan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan negeri.
Jason mendakwa tindakan wakil rakyat UMNO di Negeri Sembilan itu membuktikan BN bukan sekutu yang ikhlas, sebaliknya bersifat oportunis.
“Tindakan ini menunjukkan BN ibarat musang berbulu ayam yang bersedia menikam dari belakang apabila timbul peluang,” katanya.
Beliau turut membidas UMNO yang didakwa gagal menunjukkan tanggungjawab apabila menggunakan krisis melibatkan institusi raja dan adat negeri untuk kepentingan politik.
Menurutnya, penilaian semula kerjasama politik kini bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan demi menjamin kestabilan pentadbiran dan agenda reformasi negara.
Berita berkaitan
April 30, 2026, 8:51 pm
KESUMA jamin kebajikan pekerja kekal terpelihara hadapi ketidaktentuan global
April 30, 2026, 6:59 pm
DAPSY 'menekan', Akmal Salleh cabar pecat semua menteri UMNO, bukan Tok Mat sahaja
April 30, 2026, 4:18 pm
Muhammad Gaddafi Musli dilantik CEO baharu SSDU bermula 4 Mei
April 30, 2026, 2:24 pm
10 rakyat Malaysia termasuk ZRA sertai misi GSF 2.0 ditahan Israel di Perairan Crete
April 30, 2026, 10:35 am
