Berita Berita
Muhammad Gaddafi Musli dilantik CEO baharu SSDU bermula 4 Mei
SHAH ALAM 30 April - Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Muhammad Gaddafi Musli atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang baharu, berkuat kuasa 4 Mei 2026.
MBI Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan keyakinan terhadap kemampuan beliau untuk menerajui SSDU dalam memperkukuh pelaksanaan inisiatif Smart Selangor, selaras dengan agenda pendigitalan dan pembangunan negeri.
Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan dilihat tepat dalam memastikan kesinambungan usaha mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperluas penggunaan teknologi pintar di Selangor.
“Semoga terus cemerlang dalam memacu agenda Smart Selangor serta menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan integriti. Selamat bertugas,” menurut kenyataan berkenaan.
SSDU merupakan agensi yang bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan inisiatif bandar pintar di Selangor, termasuk memperkasa ekosistem digital, inovasi serta penggunaan data bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Berita berkaitan
April 30, 2026, 8:51 pm
KESUMA jamin kebajikan pekerja kekal terpelihara hadapi ketidaktentuan global
April 30, 2026, 6:59 pm
DAPSY 'menekan', Akmal Salleh cabar pecat semua menteri UMNO, bukan Tok Mat sahaja
April 30, 2026, 2:24 pm
10 rakyat Malaysia termasuk ZRA sertai misi GSF 2.0 ditahan Israel di Perairan Crete
April 30, 2026, 10:35 am
