Berita Berita
'Sudah tiba masanya...' - PAS gesa mansuh peruntukan RM3.8 juta Ahli Parlimen kerajaan, boleh jimat hingga RM500 juta
KUALA LUMPUR 30 April - PAS menggesa kerajaan memansuhkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan bagi menjimatkan perbelanjaan negara.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu berpotensi menjimatkan hampir setengah bilion ringgit jika disalurkan semula melalui agensi kerajaan.
“Salurkan peruntukan itu melalui agensi kerajaan seperti mana yang kerajaan dakwa ia dilaksanakan di Parlimen yang diwakili oleh MP pembangkang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi berjumlah RM5.4 bilion melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi.
Menurut MOF, cadangan itu merupakan sebahagian usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara susulan tekanan kewangan akibat peningkatan beban subsidi.
Dalam kenyataan berasingan, kementerian itu turut memaklumkan panduan telah dikeluarkan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi bagi menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus selaras dengan cabaran krisis bekalan global serta peningkatan tanggungan subsidi.
Berita berkaitan
April 30, 2026, 8:51 pm
KESUMA jamin kebajikan pekerja kekal terpelihara hadapi ketidaktentuan global
April 30, 2026, 6:59 pm
DAPSY 'menekan', Akmal Salleh cabar pecat semua menteri UMNO, bukan Tok Mat sahaja
April 30, 2026, 4:18 pm
Muhammad Gaddafi Musli dilantik CEO baharu SSDU bermula 4 Mei
April 30, 2026, 2:24 pm
10 rakyat Malaysia termasuk ZRA sertai misi GSF 2.0 ditahan Israel di Perairan Crete
April 30, 2026, 10:35 am
