Berita Berita
DAPSY 'menekan', Akmal Salleh cabar pecat semua menteri UMNO, bukan Tok Mat sahaja
KUALA LUMPUR 30 April – Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh mencabar supaya semua menteri dan timbalan menteri daripada parti itu dipecat susulan desakan Pemuda DAP terhadap Mohamad Hasan.
Dalam hantaran ringkas di media sosial, beliau berkata cabaran itu termasuk pemecatan Timbalan Presiden UMNO berkenaan.
“Pemuda UMNO cabar untuk pecat bukan sahaja Tok Mat, tetapi seluruh menteri dan timbalan menteri UMNO. Kita ok sahaja, nak tengok pemimpin kamu berani atau tidak,” katanya.
Terdahulu, Pemuda DAP menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap Mohamad Hasan susulan dakwaan penglibatan dalam usaha membentuk kerajaan negeri baharu di Negeri Sembilan.
Akmal sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan anggota Exco Melaka, antara lain disebabkan pendiriannya yang kritikal terhadap Pakatan Harapan dan DAP.
Bagaimanapun, beliau kemudian menarik balik keputusan tersebut selepas diyakinkan oleh kepimpinan parti.
Peletakan jawatannya sebagai anggota Exco Melaka juga dilaporkan ditolak dan beliau dipercayai masih menjalankan tugas seperti biasa.
Berita berkaitan
April 30, 2026, 8:51 pm
KESUMA jamin kebajikan pekerja kekal terpelihara hadapi ketidaktentuan global
April 30, 2026, 4:18 pm
Muhammad Gaddafi Musli dilantik CEO baharu SSDU bermula 4 Mei
April 30, 2026, 2:24 pm
10 rakyat Malaysia termasuk ZRA sertai misi GSF 2.0 ditahan Israel di Perairan Crete
April 30, 2026, 10:35 am
