Berita Berita
Lelaki warga China maut selepas dijatuhi hukuman di mahkamah kerana pandu lawan arus dalam keadaan mabuk
SUNGAI PETANI 30 April - Lelaki warga China yang didenda RM10,000 kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan, meninggal dunia beberapa jam selepas dijatuhi hukuman berkenaan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Lu Xun, 55, yang juga pengarah syarikat dan 30 tahun menetap di negara ini, dikatakan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira 5 petang.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pantai di sini.
"Dia disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 petang di Hospital Pantai," katanya.
Terdahulu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman RM10,000 terhadap Lu Xun mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara 12 bulan jika tertuduh gagal membayar denda, selain lesen memandunya digantung selama dua tahun.
Ketika prosiding pagi tadi, emosi tertuduh kelihatan tidak stabil hingga terpaksa ditenangkan anak perempuannya yang turut hadir.
Peguamnya turut memberitahu mahkamah bahawa tertuduh menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Berita berkaitan
April 30, 2026, 8:51 pm
KESUMA jamin kebajikan pekerja kekal terpelihara hadapi ketidaktentuan global
April 30, 2026, 6:59 pm
DAPSY 'menekan', Akmal Salleh cabar pecat semua menteri UMNO, bukan Tok Mat sahaja
April 30, 2026, 4:18 pm
Muhammad Gaddafi Musli dilantik CEO baharu SSDU bermula 4 Mei
April 30, 2026, 2:24 pm
10 rakyat Malaysia termasuk ZRA sertai misi GSF 2.0 ditahan Israel di Perairan Crete
April 30, 2026, 10:35 am
