Berita Berita
Sindiket pindah diesel haram dekat kubur Cina tumpas
JITRA 4 Mei – Taktik sebuah sindiket menyembunyikan kegiatan memindahkan minyak diesel secara haram di kawasan sunyi berhampiran tanah perkuburan Cina di Sungai Pasir, Sungai Petani, terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kedah, Zalina Aziz berkata, serbuan kira-kira jam 2 petang itu dilakukan hasil risikan selama dua minggu. Dua lelaki tempatan berusia 40-an dan 50-an ditahan ketika sedang sibuk memindahkan bahan api tersebut daripada sebuah lori kargo ke dalam lori tangki.
Modus operandi sindiket berkenaan melibatkan penggunaan lori kargo yang dilengkapi dua tangki intermediate bulk container (IBC) yang disembunyikan di bawah kain kanvas. Diesel dipercayai dikumpul sedikit demi sedikit sehingga penuh sebelum dipindahkan ke lori tangki di kawasan terpencil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang permit atau kebenaran sah untuk menyimpan barang kawalan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penyimpanan Barang Eksibit KPDN Kedah di Tunjang, hari ini.
Dalam operasi tersebut, pihak KPDN merampas kira-kira 2,900 liter diesel bernilai RM44,848. Turut disita adalah sebuah lori kargo, sebuah lori tangki, dua tangki IBC, serta peralatan memindahkan minyak dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM165,248.
Siasatan awal menunjukkan kes ini berkemungkinan besar didalangi sindiket yang sama dengan satu tangkapan pada 9 April lalu berdasarkan modus operandi yang serupa. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat sumber bekalan minyak tersebut serta mengenal pasti sama ada ia bertujuan untuk pasaran industri atau penyeludupan.
Kedua-dua suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Berita berkaitan
May 4, 2026, 6:21 pm
KKM mohon potongan bajet RM3.04 bilion dikaji semula demi rakyat
May 4, 2026, 6:05 pm
Klinik Kesihatan Manjalara bakal selesai masalah kesesakan pesakit di Segambut
May 4, 2026, 5:02 pm
Hentikan budaya mewah, Anwar arah kementerian jimat demi rakyat
May 4, 2026, 3:42 pm
Dua lelaki maut, Axia dan Kancil bertembung di Shah Alam
May 4, 2026, 3:22 pm
Van persiaran terbabas di lebuh raya PLUS, sembilan cedera termasuk kanak-kanak
May 4, 2026, 3:01 pm
