Berita Berita
Dua lelaki maut, Axia dan Kancil bertembung di Shah Alam
SHAH ALAM 4 Mei – Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung dalam satu kemalangan tragis di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.36 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi.
Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Axia dan Perodua Kancil. Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua pemandu tersepit di tempat duduk masing-masing.
"Mangsa yang terlibat merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun yang memandu Perodua Axia dan seorang pemuda berusia 21 tahun yang memandu Perodua Kancil.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit sebelum mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat tersebut melibatkan lapan anggota bersama dua jentera dan ditamatkan sepenuhnya selepas memastikan sisa kemalangan di lokasi tidak lagi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Berita berkaitan
May 4, 2026, 6:21 pm
KKM mohon potongan bajet RM3.04 bilion dikaji semula demi rakyat
May 4, 2026, 6:05 pm
Klinik Kesihatan Manjalara bakal selesai masalah kesesakan pesakit di Segambut
May 4, 2026, 5:02 pm
Hentikan budaya mewah, Anwar arah kementerian jimat demi rakyat
May 4, 2026, 3:31 pm
Sindiket pindah diesel haram dekat kubur Cina tumpas
May 4, 2026, 3:22 pm
Van persiaran terbabas di lebuh raya PLUS, sembilan cedera termasuk kanak-kanak
May 4, 2026, 3:01 pm
