Berita Berita
'Kita bantu semua tanpa kecuali' - Kerajaan peruntuk RM15 bilion untuk rakyat miskin tanpa kira kaum
RM15 Bilion Disalur Bantu Rakyat Miskin Tegar Tanpa Mengira Kaum – Anwar
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan terus komited membantu golongan miskin tegar di negara ini menerusi peruntukan sehingga RM15 bilion yang disediakan tahun ini.
Menurut beliau, bantuan tersebut melibatkan pelbagai program kebajikan dan pembangunan rakyat yang dilaksanakan menerusi kementerian serta agensi kerajaan tanpa mengira latar belakang kaum.
“Bila kita sebut kemiskinan tegar, semua rakyat tanpa kecuali mesti dibebaskan daripada belenggu kemiskinan. Pendekatan kita bukan berdasarkan kaum semata-mata.
“Bagi rakyat yang miskin tegar kita bantu semua tanpa kecuali,” katanya ketika pada Majlis Ramah Mesra Bersama Mahasiswa India di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan turut memberi perhatian terhadap masyarakat India yang masih berada dalam kelompok miskin dan terpinggir termasuk di kawasan estet.
Katanya, bantuan kepada masyarakat India bukan hanya disalurkan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), malah turut melibatkan kementerian lain menerusi program pembangunan dan kebajikan rakyat.
Anwar berkata, terdapat pihak tertentu yang mendakwa kerajaan tidak membantu masyarakat India, namun dakwaan tersebut tidak benar kerana pelbagai bantuan telah disalurkan sejak kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran negara.
Menurut beliau, prestasi baik Mitra turut mendorong kerajaan meningkatkan peruntukan agensi itu daripada RM100 juta kepada RM150 juta bermula tahun ini.
“Saya tak katakan kita lakukan semua yang terbaik kerana kita masih boleh perbaiki, tetapi untuk menyatakan tidak ada bantuan itu tidak benar,” ujarnya.
Berita berkaitan
May 10, 2026, 9:10 pm
Kerajaan setuju teliti semula subsidi RON95 untuk golongan T20 - Anwar
May 10, 2026, 7:09 pm
Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kota Bharu
May 10, 2026, 3:39 pm
Bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa kes rasuah RM500,000 di mahkamah esok
May 10, 2026, 10:49 am
Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan di Johor Bahru
May 10, 2026, 8:09 am
Sejarah tercipta, Thalapathy Vijay sah dilantik Ketua Menteri Tamil Nadu
May 9, 2026, 3:44 pm
