Berita Berita
Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kota Bharu
KOTA BHARU 10 Mei – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki warga Myanmar dalam kemalangan berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima laporan berkaitan kemalangan maut itu kira-kira jam 4.30 petang.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC sedang bergerak dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Aruz.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah Perodua Aruz yang dipandu seorang lelaki dipercayai warganegara Myanmar berusia 30-an dari arah bertentangan masuk ke laluan hingga menyebabkan perlanggaran dengan penunggang motosikal itu.
"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta sedang dikesan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Polis meminta orang ramai yang melihat kemalangan tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-7752315.
"Polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas," katanya.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 7:48 pm
Bom lama ditemui di Lapangan Terbang Labuan, operasi tergendala
June 26, 2026, 6:16 pm
Kerajaan percepat bina rumah sewa mampu milik untuk penjawat awam - Anwar
June 26, 2026, 5:34 pm
Mahkamah tolak semakan, Isa Samad kekal dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
