Berita Berita
Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 10 Mei - Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Jalan Hang Lekir, Taman Industri Jaya, di sini malam tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Johor, Hoo Chuan Huat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 malam.
Bagaimanapun, beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta motif kejadian.
“Kes berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Polis sedang giat menyiasat untuk mengetahui motif dan punca kejadian,” katanya.
Menurut beliau, kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Setakat ini, identiti mangsa dan maklumat terperinci mengenai kejadian masih belum diperoleh.
Tinjauan di lokasi mendapati beberapa individu sedang membersihkan kawasan kaki lima premis dan pusat hiburan berkenaan, namun mereka enggan ditemu bual media.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar memaparkan mangsa dipercayai ditembak, selain kehadiran anggota polis di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 7:48 pm
Bom lama ditemui di Lapangan Terbang Labuan, operasi tergendala
June 26, 2026, 6:16 pm
Kerajaan percepat bina rumah sewa mampu milik untuk penjawat awam - Anwar
June 26, 2026, 5:34 pm
Mahkamah tolak semakan, Isa Samad kekal dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
