Berita Berita
Anwar sampaikan bantahan keras isu sekatan peluru berpandu Norway
KUALA LUMPUR 14 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantahan keras kepada Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre, berhubung keputusan mengejut negara itu menyekat lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) kepada Malaysia.
Menerusi perbualan telefon tersebut, Anwar menegaskan bahawa Malaysia telah memenuhi setiap komitmen secara teliti berdasarkan kontrak yang dimeterai sejak 2018 tanpa sebarang keraguan.
Beliau menyifatkan keputusan unilateral Norway itu sebagai tidak dapat diterima, terutama apabila ia dibuat atas alasan melindungi keselamatan negara berkenaan.
Anwar turut menegaskan bahawa tindakan tersebut bakal memberi kesan serius terhadap kesiapsiagaan operasi pertahanan negara dan program pemodenan Kapal Tempur Pesisir (LCS), selain membawa implikasi luas terhadap keseimbangan strategik serantau.
Menurut beliau, kontrak yang telah dimeterai adalah dokumen yang suci serta mengikat, dan kegagalan pembekal Eropah untuk menghormatinya akan menjejaskan nilai mereka sebagai rakan strategik.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memaklumkan akan bertemu rakan sejawatnya dari Norway di Singapura akhir bulan ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut serta menyatakan kekesalan terhadap pembatalan lesen eksport yang berlaku hanya beberapa hari sebelum tarikh penghantaran pada Mac lalu.
Berdasarkan kontrak yang dimeterai pada April 2018, perolehan NSM tersebut bernilai 124 juta euro (RM571.9 juta) bertujuan untuk melengkapkan enam kapal LCS baharu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Berita berkaitan
May 14, 2026, 2:57 pm
‘Guru Bitara’ jadi teras RPM 2026-2035 hadapi cabaran AI, dunia digital
May 14, 2026, 2:28 pm
Zambia teroka pengurusan sawit mampan di Sabah, lonjak hubungan ekonomi Malaysia-Afrika
May 14, 2026, 1:48 pm
Belum ada perbincangan muktamad kurangkan kuota BUDI95
May 14, 2026, 1:44 pm
Akmal Nasir enggan ulas hala tuju politik Rafizi
May 14, 2026, 1:40 pm
Kerajaan akan saman syarikat pembekal peluru berpandu NSM
May 14, 2026, 1:35 pm
Warga Malaysia ditahan di Hatyai bersama 102kg syabu bernilai lebih RM5 juta
May 14, 2026, 1:17 pm
Lori polis bawa banduan nyaris terbabas akibat tumpahan minyak
May 14, 2026, 1:11 pm
Lelaki mabuk pandu lawan arus rempuh penunggang motosikal
May 14, 2026, 1:07 pm
Rafizi bimbang siasatan SPRM dipengaruhi unsur emosi
May 14, 2026, 1:04 pm
