Berita Berita
Anwar panggil pimpinan PH, beri bayang kemungkinan PRU lebih awal susulan tindakan BN bertanding solo di Johor
JOHOR BAHRU 18 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi bayangan kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal susulan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Presiden PKR itu berkata, beliau akan memanggil pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan termasuk hala tuju kerjasama politik dalam kerajaan perpaduan.
Menurut Anwar, tindakan BN dilihat memberi isyarat bahawa hubungan dalam kerajaan semakin renggang meskipun PH selama ini mengambil pendekatan bertolak ansur.
“Tapi saya sebut tadi kalau mereka yang mula melanggar, kita jawab dengan tegas tapi kalau mereka berunding dengan baik, kita kan orang baik dan sabar dan bijak dan mahu selamatkan negara ini.
“Tapi kalau kamu pilih untuk bertempur apa pilihan? Malah dalam tempoh terdekat saya akan panggil pimpinan Pakatan Harapan untuk berunding - bukan sahaja di negeri-negeri ini, malah kita harus berfikir serius.
“Kalau inilah cara kita memperkotak-katikan dan meretakkan hubungan dalam kerajaan apakah mungkin kita pilih untuk mengadakan pilihan raya umum seluruh negara,” katanya ketika berucap pada konvensyen PH di Johor Bahru, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar berkata keputusan untuk mengadakan pilihan raya umum sebenarnya berada di tangannya sebagai Perdana Menteri, namun beliau akan terlebih dahulu mendapatkan pandangan serta nasihat daripada parti-parti sekutu dalam kerajaan.
Beliau turut membayangkan bahawa PH bersedia untuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi BN termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Pahang sekiranya kerjasama sedia ada terus dipersoalkan.
Berita berkaitan
May 18, 2026, 12:32 pm
Loke puji hanya Anwar berani buka laluan UEC ke universiti awam
May 18, 2026, 12:04 pm
'Sakit hati lihat komen negatif, ingat pelajar tahfiz ni cikai ke?' - Asyraf Wajdi
May 18, 2026, 11:28 am
Ramai terlewat ke tempat kerja, LRT laluan Kelana Jaya rosak pagi tadi
May 18, 2026, 11:16 am
PH yakin hadapi PRN, PRU, gelombang sokongan rakyat kembali memuncak - Yuneswaran
May 18, 2026, 9:26 am
UEC diiktiraf ke IPTA, GPMS rancang himpunan `Korban Akta Pendidikan’ di KPT 30 Jun ini
May 18, 2026, 8:38 am
PRN Melaka hampir pasti dalam tempoh empat bulan lagi - Ab Rauf
May 18, 2026, 8:29 am
