TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekas pengarah JANS didapati bersalah kes pengubahan wang haram

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 19 Mei – Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit.

Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Fauziah Piut dan bekas Timbalan Pengarah JANS, Lim Lam Beng daripada pertuduhan yang dihadapi.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Sebelum ini, ketiga-tiga mereka diperintah membela diri pada 4 Disember 2024 atas pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram.

Mereka dibicarakan bersama 37 pertuduhan membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta selain pemilikan barangan mewah secara haram antara Oktober hingga November 2016.

+ - reset