Berita Berita
Hentikan keganasan di Asia Barat: PM gesa negara Islam bersatu, bidas hipokrasi Barat
KUALA LUMPUR 29 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu memupuk semangat perpaduan yang jitu dalam usaha menghentikan keganasan serta permusuhan yang tiada berpenghujung di Asia Barat.
Beliau turut menggesa agar landskap politik dunia dipandu oleh aspek kebijaksanaan dan kewarasan, bukannya terus dipengaruhi oleh sentimen melampau, terutamanya ketika konflik antarabangsa dilihat semakin meruncing pada masa kini.
Menurut beliau, ketegangan geopolitik yang sedang berlaku termasuk konflik di Gaza, selatan Lubnan, dan Iran bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut menjejaskan kestabilan ekonomi global sehingga memberi tempias kepada negara lain termasuk di rantau ini.
"Suasana ini sekali lagi kesannya sampai ke rantau kita. Negara yang mencatat ekonomi baik dan keadaan aman tetapi terjejas sedikit sebanyak lantaran kesan ekonomi tidak menentu," katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut melahirkan rasa kesal dan hairan terhadap sikap membisu masyarakat antarabangsa yang seolah-olah mengizinkan kezaliman tersebut terus berlaku tanpa ada tindakan penguatkuasaan yang tegas.
Beliau secara lantang menyifatkan kelantangan dunia Barat berhubung isu kemanusiaan sebagai satu bentuk kepura-puraan yang nyata apabila mereka gagal mempertahankan hak rakyat yang ditindas di bumi Palestin dan Lubnan.
"Saya aneh dengan masyarakat antarabangsa. Kalau kita mahu berharap Eropah, Amerika Syarikat (AS) untuk meletak semangat demokrasi (dan) keadilan, saya ingat ia sudah pupus sama sekali. Sebab yang nyata bila rakyat Gaza dan selatan Lubnan dizalimi, hampir tidak beri kesan... betapa maruah di dunia ini yang berisik (riuh).
"Jadi, sebab itulah saya selalu katakan ini ciri kemunafikan, hipokrasi dunia Barat yang boleh mengizinkan (kezaliman berlaku)," jelas beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah di sini, hari ini.
Berita berkaitan
May 29, 2026, 10:56 pm
Jemaah Malaysia pembersih, jadi contoh di Tanah Suci - Menteri Agama
May 29, 2026, 8:20 pm
JPN terima 1,575 permohonan ringkaskan nama panjang sejak 2024
May 29, 2026, 7:30 pm
PJ bakal dapat hospital kerajaan baharu, dibina secara vertikal di Taman Medan
May 29, 2026, 5:41 pm
KPM sambut baik pemberian baucar buku RM100 kepada pelajar
May 29, 2026, 5:33 pm
Audit menyeluruh sistem LRT, MRT mungkin dilaksana - Anthony Loke
May 29, 2026, 5:00 pm
