Berita Berita
KPM sambut baik pemberian baucar buku RM100 kepada pelajar
KUALA LUMPUR 29 Mei – Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada semua pelajar sekolah menengah bawah kementerian itu dan penuntut institut pendidikan tinggi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.
KPM dalam satu kenyataan berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh budaya membaca serta memperluas akses kepada bahan bacaan berkualiti dalam kalangan pelajar.
Menurut kementerian itu, pemberian baucar berkenaan juga diyakini mampu meringankan beban kewangan keluarga selain menggalakkan pelajar mendapatkan bahan ilmiah dan rujukan yang bermanfaat.
“KPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas keprihatinan berterusan terhadap agenda pendidikan negara serta pembangunan modal insan menerusi pembudayaan ilmu dan amalan membaca,” katanya.
Tambah kenyataan itu, KPM akan melaksanakan segera pemberian baucar buku berkenaan bagi memastikan manfaat dapat dinikmati pelajar yang terlibat dalam tempoh terdekat.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan penuntut institusi pendidikan tinggi ketika merasmikan PBAKL 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Berita berkaitan
May 29, 2026, 10:56 pm
Jemaah Malaysia pembersih, jadi contoh di Tanah Suci - Menteri Agama
May 29, 2026, 8:20 pm
JPN terima 1,575 permohonan ringkaskan nama panjang sejak 2024
May 29, 2026, 7:30 pm
PJ bakal dapat hospital kerajaan baharu, dibina secara vertikal di Taman Medan
May 29, 2026, 5:33 pm
Audit menyeluruh sistem LRT, MRT mungkin dilaksana - Anthony Loke
May 29, 2026, 5:00 pm
Polis siasat dakwaan kanak-kanak dipaksa minum air cili di taska di Kluang
May 29, 2026, 4:13 pm
