TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat dakwaan kanak-kanak dipaksa minum air cili di taska di Kluang

By
|
Kongsi
image

 

KLUANG 29 Mei – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didakwa dipaksa meminum air cili di sebuah taska di Taman Sri Kluang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan daripada penjaga kanak-kanak terbabit kira-kira jam 8.46 malam selepas tidak berpuas hati dengan tindakan guru taska berkenaan.

Menurut beliau, guru terbabit didakwa memaksa kanak-kanak itu meminum air cili sebagai hukuman.

“Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang menerusi talian 07-7784222.

Terdahulu, tular satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook This is Johor yang mendakwa seorang guru di taska terbabit melakukan penderaan serta hukuman fizikal terhadap pelajar. 

+ - reset