Berita Berita
Jemaah Malaysia pembersih, jadi contoh di Tanah Suci - Menteri Agama
KUALA LUMPUR 29 Mei - Disiplin dan budaya menjaga kebersihan dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci terus mendapat pujian apabila meninggalkan teladan baik sepanjang berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, walaupun berdepan keadaan sesak, cuaca panas dan keletihan, jemaah Malaysia tetap memastikan khemah serta kawasan sekitar sentiasa bersih dan teratur.
"Bila orang lain tinggalkan sampah, jemaah kita tinggalkan teladan. Ibadah bukan sekadar ritual, tapi tentang adab dan amanah.
“Khemah ditinggalkan kemas, laluan dijaga bersih dan sampah dibuang teratur.
"Kecil pada pandangan mata, namun besar dari sudut nilai adab dan amanah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Beliau memaklumkan, budaya menjaga ruang yang dikongsi bersama itu menjadi antara faktor menyebabkan jemaah haji Malaysia sentiasa dipandang tinggi di Tanah Suci.
Terdahulu, beliau menyempurnakan Pelancaran Inisiatif Haji Lestari (Green Hajj) 1447H/2026M yang memperkenalkan program kitar semula kain ihram terpakai sebagai usaha membudayakan kelestarian serta ibadah yang lebih bertanggungjawab.
Menurutnya, sebelum ini banyak kain ihram ditinggalkan begitu sahaja oleh jemaah selepas selesai menunaikan ibadah haji.
"Bilangannya terlalu banyak dan dibuang begitu sahaja.
"Dengan inisiatif ini, kain ihram tersebut dapat dikitar semula serta dijadikan produk lain yang bermanfaat," ujarnya.
Berita berkaitan
May 29, 2026, 8:20 pm
JPN terima 1,575 permohonan ringkaskan nama panjang sejak 2024
May 29, 2026, 7:30 pm
PJ bakal dapat hospital kerajaan baharu, dibina secara vertikal di Taman Medan
May 29, 2026, 5:41 pm
KPM sambut baik pemberian baucar buku RM100 kepada pelajar
May 29, 2026, 5:33 pm
Audit menyeluruh sistem LRT, MRT mungkin dilaksana - Anthony Loke
May 29, 2026, 5:00 pm
Polis siasat dakwaan kanak-kanak dipaksa minum air cili di taska di Kluang
May 29, 2026, 4:13 pm
