Berita Berita
Kerajaan benar penggunaan sehingga RM50 juta dana berimpak tinggi perkasa TVET 2.0 – Anwar
PUTRAJAYA 6 Jun – Kerajaan membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada Dana Program Berimpak Tinggi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memperkukuh pelaksanaan TVET 2.0 dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut akan dimanfaatkan untuk memperluaskan program latihan, meningkatkan pendedahan industri serta memperkasa pembangunan kemahiran dalam kalangan pelatih.
Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara terus relevan dengan perkembangan teknologi serta kehendak pasaran pekerjaan masa kini dan masa depan.
“Saya tegaskan semula bahawa kerajaan membenarkan sehingga RM50 juta daripada Dana Program Berimpak Tinggi PTPK digunakan untuk TVET 2.0.
“Syaratnya ialah majikan dan pihak industri perlu bekerjasama dengan kerajaan, khususnya melalui Majlis TVET Negara, supaya wujud penyelarasan yang lebih berkesan dalam menjayakan agenda ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari TVET Negara di Putrajaya hari ini.
Anwar berkata, peruntukan tersebut turut bertujuan memperkukuh dan menambah baik program latihan serta pendidikan kemahiran negara yang menurutnya perlu diberikan perhatian serius bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang semakin berkembang.
Beliau turut menegaskan keperluan untuk menyediakan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran susulan peningkatan minat pelabur antarabangsa terhadap Malaysia, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi dan industri baharu.
Menurutnya, pelabur kini lebih menitikberatkan kualiti tenaga kerja serta kemahiran yang dimiliki berbanding kelayakan akademik semata-mata.
Katanya, perkembangan bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), kripto dan peralihan tenaga memerlukan pendekatan latihan yang lebih pantas, fleksibel dan selari dengan keperluan industri.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan kerjasama erat antara kerajaan dan pemain industri bagi memastikan program latihan yang ditawarkan benar-benar memenuhi kehendak sektor pekerjaan, selain membuka lebih banyak peluang pendedahan kepada para pelatih.
Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan TVET 2.0 diperkenalkan bagi menyesuaikan sistem latihan negara dengan perubahan teknologi serta landskap pekerjaan yang semakin dinamik.
Mengangkat tema ‘TVET Pilihan Utama Kerjaya’, sambutan selama tiga hari yang berlangsung hingga esok itu menghimpunkan lebih 107 agensi, institusi pendidikan dan pemain industri daripada sembilan sektor utama.
Berita berkaitan
July 28, 2026, 4:15 pm
Enam beradik didakwa edar heroin 118 gram di Ipoh
July 28, 2026, 3:04 pm
KJ tegas bicara isu Melayu cermin realiti politik, bukan perkauman
July 28, 2026, 12:15 pm
Tingkatan Enam kekal bawah KPM, diperkasa sebagai program prauniversiti
July 28, 2026, 12:08 pm
PM ingatkan sekolah jangan lindung kes buli demi jaga imej
July 28, 2026, 12:02 pm
Pelarian Rohingya berkumpul di UNHCR dipindah ke IPK, sah miliki dokumen
July 28, 2026, 10:54 am
Tiga kilang musnah lepas terbakar di Kulim
July 28, 2026, 9:36 am
Wanita warga asing diragut penunggang EX5 di Bandar Putra IOI
July 28, 2026, 9:31 am
Pengedar dadah ditahan bersama syabu, ganja lebih RM21,000 di Bera
July 28, 2026, 9:22 am
