TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Nahas tiga kenderaan: Remaja parah ambulans dirempuh MPV ketika bawa pesakit

By
|
Kongsi
image

BESUT 10 Jun – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang sudah pun berstatus pesakit, mengalami kecederaan parah selepas ambulans yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Jerteh–Pasir Akar, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, insiden berlaku kira-kira jam 5 petang berhampiran Kampung Cherang Meliling ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan menghantar dua pesakit ke Hospital Besut.

Siasatan awal mendapati ambulans tersebut baru sahaja mengambil dua mangsa yang terlibat dalam satu kemalangan lain di Pasir Akar. Namun, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba-tiba melintas dari bahu jalan sebelah kanan lalu merempuh ambulans berkenaan.

Impak pelanggaran itu menyebabkan ambulans hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan kiri dan merempuh sebuah kereta yang sedang diparkir di situ hingga terjatuh ke dalam longkang.

Akibat kejadian itu, remaja berkenaan parah manakala seorang lagi pesakit cedera ringan, manakala pemandu serta penumpang kenderaan lain terselamat tanpa kecederaan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

+ - reset