TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gempur Pasar Pudu: 22 penjaja ditahan, barangan basah disita DBKL

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Jun – Seramai 22 penjaja tanpa lesen termasuk 13 warga asing ditahan dalam satu Operasi Bersepadu (Pasar) yang dijalankan di sekitar Pasar Pudu, Jalan Yew, awal pagi semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, operasi yang bermula jam 6 pagi itu menyasarkan aktiviti perniagaan barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan, dan barangan runcit yang dikendalikan tanpa kebenaran serta melanggar syarat permit kerja.

Tindakan sita dan pindah barangan perniagaan turut dilaksanakan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 serta Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Kesemua peralatan termasuk troli, bakul, dan hasil jualan dihantar ke Stor Sitaan DBKL bagi tujuan dokumentasi.

Dalam operasi yang sama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut menahan 16 warga asing atas kesalahan tinggal di dalam negara tanpa dokumen atau pas yang sah.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga Bangladesh, dan seorang warga Myanmar. Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

+ - reset