Berita Berita
Burger Ramly tembus pasaran dunia, curi perhatian peminat makanan di Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR 17 Jun – Burger jalanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia kini semakin mencuri perhatian di peringkat antarabangsa apabila ‘Burger Ramly’ mula mendapat tempat sebagai antara hidangan unik yang mewakili identiti kulinari negara.
Tidak lagi sekadar menu popular di gerai tepi jalan, burger berkenaan kini dilihat sebagai simbol makanan tempatan yang berdaya saing dan mampu menembusi pasaran global.
Keunikan penyediaan ‘Burger Ramly’ mula mendapat perhatian di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat apabila hidangan itu diangkat sebagai sajian Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri dan berbeza daripada burger Barat konvensional.
Teknik penyediaannya yang unik, termasuk membalut daging burger dengan telur serta penggunaan pelbagai jenis sos, menjadi antara faktor yang membezakan hidangan itu daripada burger biasa.
Populariti burger tersebut turut mendapat pengiktirafan apabila dipaparkan dalam The New York Times dan disenaraikan sebagai antara burger gourmet yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menerusi artikel yang diterbitkan pada 2024, akhbar berkenaan melaporkan bahawa burger Malaysia itu mula mencuri perhatian masyarakat setempat selepas pemilik Kampar Kitchen, Ange Branca, memperkenalkan versi ‘Burger Ramly’ di Philadelphia.
Selain menonjolkan keistimewaan rasanya, Ange turut memberi penghargaan kepada pengasas hidangan berkenaan, Datuk Ramly Mokni, yang memperkenalkan burger daging bersalut telur itu pada era 1970-an.
Menurut laporan itu, Ange mula memperkenalkan burger berkenaan ketika pandemik COVID-19 dan sambutannya terus meningkat selepas restoran Kampar kembali beroperasi pada Mac tahun berkenaan.
Bagi memenuhi cita rasa tempatan, burger tersebut diberikan sentuhan moden menerusi penggunaan sos Worcestershire, jintan putih dan ketumbar, selain ditambah dengan keju Cheddar serta roti lembut berasaskan ubi keledek.
Walaupun melalui beberapa pengubahsuaian, versi ‘Burger Ramly’ yang ditawarkan di Amerika Syarikat itu masih mengekalkan ciri asalnya iaitu penggunaan sos yang banyak, sekali gus memberikan pengalaman rasa yang kaya dan berjus kepada pelanggan.
Perkembangan itu sekali lagi membuktikan makanan jalanan Malaysia mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa serta memperkenalkan identiti kulinari tempatan kepada masyarakat dunia.
Berita berkaitan
June 19, 2026, 3:15 pm
Masjid Bukit Bintang bakal tampung 1,500 jemaah, dijangka siap awal tahun depan
June 19, 2026, 2:42 pm
Warga Selangor nikmati rebat cukai taksiran 100 peratus jika pasang teknologi hijau
June 19, 2026, 2:32 pm
KPDN jamin bekalan barangan asas mencukupi menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 19, 2026, 1:52 pm
Pelajar perempuan tingkatan empat maut terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan
June 19, 2026, 1:41 pm
Hannah Yeoh tegur PBT, jangan tunggu dah ‘viral’ baru nak baiki kemudahan
June 19, 2026, 1:20 pm
DBKL peruntuk RM200 juta naik taraf 287 lokasi penjaja di Kuala Lumpur - Hannah Yeoh
June 19, 2026, 1:07 pm
