Berita Berita
Ustaz Azhar Idrus dinobat Tokoh Dakwah Maal Hijrah Terengganu
KUALA TERENGGANU 17 Jun – Penceramah agama terkemuka, Ustaz Azhar Idrus (UAI), 62, telah dinobatkan sebagai Tokoh Dakwah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu.
Anugerah berprestij itu telah disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Iman di sini, semalam.
Mengulas mengenai pengiktirafan tersebut, UAI menzahirkan rasa syukur dan menyatakan bahawa urusannya sebagai tenaga pengajar ilmu Islam kepada masyarakat selama ini banyak dipermudahkan oleh pihak berkuasa agama serta kerajaan negeri. Beliau dalam masa yang sama turut memberikan penghargaan tinggi kepada masyarakat yang sentiasa istiqamah menghadiri kuliah bimbingannya.
“Hadirin yang datang mendengar (kuliah agama), sanggup meninggalkan urusan (keduniaan) untuk duduk di majlis ilmu yang selayaknya menerima anugerah ini,” katanya.
Selain UAI, kerajaan negeri turut menyampaikan anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Muhammad Abdullah, 33, atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan sebagai Ustaz Mad Kecik. Agamawan yang mempunyai ketinggian 100 sentimeter (sm) itu sebelum ini pernah terlibat aktif dalam misi kemanusiaan antarabangsa, Sumud Flotilla, pada tahun lalu.
Kedua-dua tokoh agama berkenaan dipilih menerima anugerah tersebut bersandarkan kepada sumbangan besar serta komitmen berterusan mereka dalam menggerakkan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat, khususnya di negeri Terengganu.
Sementara itu, Ustaz Mad Kecik turut menzahirkan rasa hargai atas pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri terhadap golongan OKU sepertinya dan berharap agar penganugerahan tersebut mampu menjadi sumber inspirasi buat insan berkeperluan khas yang lain untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Berita berkaitan
June 21, 2026, 3:14 pm
Umur baru 19 tahun dah berani 'mati' rakam wanita dalam tandas restoran
June 21, 2026, 2:00 pm
Wawasan umum barisan kepimpinan pusat, Hamzah Presiden, Rais Yatim Pengerusi
June 21, 2026, 11:46 am
Keterangan mencurigakan, polis tahan lelaki, mangsa dakwa konon diculik minta tebusan RM18,000
June 21, 2026, 9:54 am
Gempa bumi magnitud 3.3 dikesan di perairan Batu Pahat
June 20, 2026, 10:08 pm
'Jangan datang sini cakap bukan-bukan, tuduh Kerajaan Johor tak buat kerja' - TMJ
June 20, 2026, 5:57 pm
MUKMIN perkukuh kedudukan sebagai suara kolektif terbesar komuniti India Muslim
June 20, 2026, 1:52 pm
Selepas larang guna media sosial, Norway bakal sekat pelajar sekolah akses AI
June 20, 2026, 11:36 am
Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas di Pekan
June 20, 2026, 10:47 am
