TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rektor UIAM dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1448H/2026

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 17 Jun – Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan sempena majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026 di Masjid Putra, di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, pakar fiqah Islam terkemuka dari Maghribi, Dr. Ahmad Al-Raysuni diumumkan pula sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang berkenan mengurniakan hadiah berupa wang tunai, trofi, serta sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan atas sumbangan besar mereka kepada dunia Islam.

Majlis sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini berlangsung dengan penuh pengisian dengan membawa tema ‘MADANI Dihayati, Ummah Diberkati’.

Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri, Datin Ruziah Mohd Tahir, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

+ - reset