TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kes dakwaan ugutan jenayah terhadap Azam Baki diklasifikasi NFA

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 10 Jun – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kertas siasatan berhubung aduan ugutan jenayah yang difailkan oleh ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

AGC dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melakukan penelitian yang mendalam dan menyeluruh terhadap kertas siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis.

Hasil semakan undang-undang mendapati elemen kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan ugutan jenayah gagal dibuktikan secara perundangan.

Susulan kegagalan pembuktian elemen jenayah tersebut, AGC memutuskan untuk menutup kes berkenaan dan tiada sebarang pendakwaan akan dibuat.

+ - reset