Berita Berita
Petisyen usir Rohingya dari Malaysia disekat, tidak lagi boleh diakses
KUALA LUMPUR 10 Jun – Petisyen dalam talian yang menggesa kerajaan mencari jalan penyelesaian terhadap isu kebanjiran pelarian Rohingya di Malaysia kini tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai selepas disekat sementara oleh platform Change.org.
Semakan Utusan Malaysia di laman web berkenaan mendapati petisyen bertajuk Remove Rohingya from Malaysia itu telah dihadkan aksesnya sementara menunggu proses penelitian oleh pihak pengurusan platform tersebut.
Menurut makluman yang dipaparkan di laman web itu, halaman petisyen berkenaan mungkin sedang disemak oleh moderator bagi memastikan ia mematuhi garis panduan komuniti yang ditetapkan.
“Petisyen ini mungkin akan tersedia semula sebaik sahaja proses semakan selesai. Kami menghargai kesabaran anda,” katanya.
Petisyen yang dilancarkan oleh akaun Aku Anak Malaysia pada 29 Mei lalu itu sebelum ini berjaya mengumpulkan hampir 450,000 tandatangan dan menyasarkan sejuta sokongan.
Selain itu, petisyen berkenaan turut menuntut pihak berkuasa mencari penyelesaian alternatif dalam menangani isu kebanjiran pelarian Rohingya di negara ini.
Terdahulu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Malaysia tidak boleh sesuka hati mengusir pelarian Rohingya kerana isu tersebut melibatkan pertimbangan kemanusiaan, keselamatan serta tanggungjawab antarabangsa.
Menurutnya, pendekatan terhadap pelarian tidak boleh didorong oleh emosi atau sentimen semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira realiti yang menyebabkan mereka meninggalkan negara asal.
“Pendekatan yang diambil perlu bersifat pertimbangan keselamatan dan prinsip kemanusiaan yang seimbang,” katanya.
Berita berkaitan
June 17, 2026, 1:27 pm
Budak empat tahun maut selepas rebah di taman tema air di Sungai Buloh
June 17, 2026, 1:10 pm
Rektor UIAM dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1448H/2026
June 17, 2026, 1:05 pm
Ustaz Azhar Idrus dinobat Tokoh Dakwah Maal Hijrah Terengganu
June 17, 2026, 12:01 pm
Umat Islam diseru perkukuh perpaduan, tinggalkan permusuhan demi kesejahteraan negara
June 17, 2026, 10:22 am
Burger Ramly tembus pasaran dunia, curi perhatian peminat makanan di Amerika Syarikat
June 17, 2026, 7:19 am
Laporan tentera Sudan beri amaran mengenai rangkaian asing yang menyokong usaha perang RSF
June 16, 2026, 4:13 pm
