Berita Berita
68 'hero bank' selamatkan pelanggan dari penipuan bernilai RM139 juta
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 10 Jun – Seramai 68 kakitangan bank di Malaysia berjaya menunjukkan kewaspadaan yang luar biasa dalam melindungi pelanggan daripada penipuan kewangan sekali gus menyelamatkan lebih RM139 juta pada tahun 2025.
Menurut Pengerusi bagi Pasukan Petugas Kebangsaan untuk Membanteras Penipuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar, tindakan pantas kakitangan bank amat penting dalam menghalang transaksi penipuan sebelum kerugian lebih besar berlaku.
“Usaha mereka, bersama pelbagai langkah keselamatan bank, telah menyumbang kepada peningkatan 46 peratus dalam transaksi penipuan yang berjaya disekat berbanding tahun sebelumnya”.
"Jumlah nilai transaksi penipuan yang berjaya dicegah juga meningkat kepada RM1.19 bilion, iaitu peningkatan tiga kali ganda tahun ke tahun," tambahahnya.
Program yang dianjurkan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), para “hero bank” ini diiktiraf atas tindakan pantas mereka dalam mengesan transaksi mencurigakan dan mencegah kerugian besar.
Di Acara Penghargaan Wira Bank #JanganKenaScam 2026, Syed Ahmad turut mengumumkan hasil inisiatif anti scam yang dilaksanakan.
Antaranya ciri Money Vault/Money Lock yang digunakan oleh lebih 38,000 pelanggan dengan lebih RM600 juta disimpan dalam akaun yang dilindung.
Selain itu, sistem Malware Shielding yang membantu mencegah lebih 60,000 cubaan scam berkaitan malware libatkan anggaran potensi kerugian sekitar RM22 juta.
Juga Fungsi Kill Switch yang menyumbang kepada pencegahan hampir RM7 juta potensi kerugian serta kemudahan semakan keselamatan kendiri dalam talian.
Tambahan lagi, kempen #JanganKenaScam turut mendidik masyarakat dan PKS mengenai ancaman phishing dan penipuan kewangan yang semakin canggih.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Dato’ Rusdi bin Mohd Isa, berkata PDRM amat menghargai kerjasama erat serta sokongan berterusan daripada industri perbankan dalam memerangi jenayah komersil dan penipuan.
"Melalui kerjasama rapat dan perkongsian maklumat, bank serta agensi penguatkuasaan undang-undang telah memperkukuh usaha dalam melindungi orang ramai daripada ancaman scam yang sentiasa berkembang,” tambahnya.
Dengan kejayaan mereka, para “hero bank” ini bukan sahaja menyelamatkan wang pelanggan tetapi turut membina keyakinan masyarakat terhadap sistem perbankan Malaysia yang semakin kukuh dalam melawan penipuan kewangan.
Acara Penghargaan Wira Bank, yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya, merupakan sebahagian daripada kempen #JanganKenaScam, sebuah inisiatif kesedaran penipuan di seluruh negara yang dilancarkan pada tahun 2023.
Seramai 68 kakitangan bank daripada 14 buah bank telah diiktiraf pada hari ini termasuk Agrobank, Alliance Bank, AmBank dan banyak lagi.
Berita berkaitan
June 19, 2026, 3:15 pm
Masjid Bukit Bintang bakal tampung 1,500 jemaah, dijangka siap awal tahun depan
June 19, 2026, 2:42 pm
Warga Selangor nikmati rebat cukai taksiran 100 peratus jika pasang teknologi hijau
June 19, 2026, 2:32 pm
KPDN jamin bekalan barangan asas mencukupi menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 19, 2026, 1:52 pm
Pelajar perempuan tingkatan empat maut terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan
June 19, 2026, 1:41 pm
Hannah Yeoh tegur PBT, jangan tunggu dah ‘viral’ baru nak baiki kemudahan
June 19, 2026, 1:20 pm
DBKL peruntuk RM200 juta naik taraf 287 lokasi penjaja di Kuala Lumpur - Hannah Yeoh
June 19, 2026, 1:07 pm
