Berita Berita
Tak puas hati rambut digunting: Guru disiplin cedera ditumbuk sekumpulan pelajar
PARIT 11 Jun – Seorang guru disiplin dilaporkan mengalami kecederaan selepas dipercayai ditumbuk oleh sekumpulan pelajar dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, semalam.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi Rabu itu didakwa tercetus akibat rasa tidak puas hati sekelompok pelajar selepas rambut mereka digunting oleh guru berkenaan dalam satu tindakan disiplin.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah berkata, pihak pentadbiran negeri kini sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi mengesahkan perincian penuh insiden berkenaan.
"Saya belum dapat maklumat secara sahih dan masih menunggu laporan daripada pihak JPN berkaitan kejadian itu. Jika benar berlaku, ia merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya kerana guru adalah murabbi yang mendidik dan mengasuh anak-anak,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau menegaskan, semakan lanjut sedang giat dijalankan bagi menentukan kesahihan kronologi kejadian sebelum sebarang kenyataan muktamad dikeluarkan kepada umum.
Khairuddin turut mengingatkan golongan pelajar supaya sentiasa menjaga batas dan menghormati guru, meskipun terdapat beberapa tindakan atau pendekatan dalam proses penguatkuasaan disiplin di sekolah yang mungkin tidak disenangi mereka.
“Adab dan nilai perlu diletakkan lebih tinggi daripada ilmu. Jika adab tiada, sukar untuk melahirkan individu yang berdisiplin dan berwawasan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Gen Alpha di Seri Iskandar, hari ini.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 1:46 pm
Pengangguran Malaysia naik semula ke paras 3.0 peratus pada April
June 11, 2026, 12:38 pm
Salah alamat jadi punca bidan bergaduh dengan penduduk Bandar Scientex Jasin
June 11, 2026, 12:34 pm
DUN dibubarkan: Pentadbiran Kerajaan Johor beroperasi sebagai kerajaan sementara
June 11, 2026, 12:28 pm
Fitnah Tok Batin sorok Jaslinda; Polis teruskan siasatan walau suspek sudah minta maaf
June 11, 2026, 12:06 pm
Didakwa cetus provokasi, KP J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei
June 11, 2026, 11:20 am
Agong tarik balik gelaran 'Tan Sri' Isa Samad susulan sabitan rasuah
June 10, 2026, 9:17 pm
Pendulang emas ditemukan lemas di Gua Musang, dipercayai diserang sawan
June 10, 2026, 9:14 pm
JIM serbu enam premis dikendalikan warga asing di Sepang
June 10, 2026, 9:09 pm
